Thursday, September 17, 2015

Monday, September 7, 2015

STRATEGI PENGAJARAN INOVATIF

PENGENALAN

Dalam kepesatan pembangunan, guru berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya dalam memastikan pendidikan memenuhi hasrat arus perdana masa kini.

Antara cabaran yang dihadapi oleh guru ialah menyesuaikan gaya pembelajaran murid dengan amalan pengajaran yang lebih cenderung kepada penggunaan teknologi maklumat dan bahan-bahan multimedia.

Gaya pembelajaran pelajar dalam bilik darjah juga lebih tertumpu pada teknik pemusatan pelajar.Oleh itu, amat penting bagi seseorang guru untuk mengetahui strategi pengajaran yang berinovasi bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Guru haruslah peka terhadap keperluan semasa agar dapat mengangkat martabat pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi dan selaras dengan kehendak pembangunan.

Guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan agar segala cabaran yang datang dapat dihadapi dengan lebih bijaksana..

Oleh itu, wajarlah bagi seorang guru untuk menimba lebih banyak ilmu serta menguasai kepakaran dan kecekapan dalam pelbagai bidang.Perubahan yang ingin dilakukan mestilah seiring dengan sikap positif serta amalan ynag berterusan.




KEPERLUAN INOVASI GURU

Gaya belajar seseorang adalah berbeza antara satu sama lain tanpa mengambil kira umur, latar belakang, status ekonomi atau kecerdasan IQ. Kenyatan ini selaras dengan pendapat Wan Zahid (1993) yang menyarankan agar guru menyesuaikan pengajaran dengan gaya pembelajaran murid.

Guru haruslah bijak menggunakan kelebihannya yang ada pada murid untuk mengoptimumkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Apakah kaedah pengajaran disesuaikan dengan gaya pembelajaran murid akan berasa seronok mengikuti pengajaran guru dan bersedia melibatkan diri secara aktif di dalam bilik darjah.

                                 


STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN YANG INOVATIF


Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)
  • suatu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan/kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yang dibina berdasarkan persoalan asli dan direka untuk menghasilkan produk atau tugasan.
  • berbentuk projek ringkas ikut mata pelajaran dalam tempoh masa 1 hingga 2 minggu.
  • projek jangka masa panjang (setahun, merentas kurikulum dan penglibatan komuniti luar sekolah).
  • ciri-ciri PBL Synteta (berpusat kurikulum, gabungan beberapa mata pelajaran, berpusat pelajar, berasaskan kumpulan pembelajaran koperatif/kolaboratif, membawa penghasilan positif, penaksiran berasaskan prestasi).
Penjelasan tentang Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek
(Project Based Learning, PBL)




Langkah-langkah:
  • memberi tugasan
  • menganalisis masalah
  • meneroka masalah
  • membuat perkaitan
  • membuat refleksi
Peranan Guru:
  • membantu pelajar mengenali strategi pembelajaran mereka.
  • belajar teknik pengurusan yang mutakhir.
  • menggunakan alat pengukuran informal untuk mentaksir pembelajaran pelajar.
  • mewujudkan bilik darjah yang mengutamakan pembelajaran.

Pembelajaran Berasaskan Masalah

Objektif:
  • mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.
  • memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikiran kritis, serta kemahiran membuat keputusan.
  • memperkembangkan kemahiran pelajar mengintegrasikan pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusiaan terhadap kemajuan profesionalisme.
  • menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.
  • menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada keberkesanan kolaboratif.
Penjelasan tentang Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah
(Problem Based Learning, PBL)

Kelebihan:

Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBM berbanding strategi pembelajaran lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme:
  • rangsangan atau simulasi yang berjaya dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajar.
  • meningkatkan minat murid atau motivasi pelajar untuk belajar.
  • membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam menyelesaikan masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar.
Pembelajaran Elektronik (e-learning)
  • pembelajaran menggunakan komputer dan internet, CD Rom, televisyen interaktif atau siaran melalui satelit.
  • boleh berlaku di mana-mana sahaja
Ciri-ciri:
  • mengikut kadar kendiri pelajar
  • boleh dicapai oleh ramai pelajar
  • boleh dicapai di mana-mana dengan talian internet
  • memenuhi pelbagai gaya pembelajaran

Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang
  • merupakan sejenis pembelajaran dalam talian yang menggunakan gabungan streaming video, power point, audio dan perisian lain dalam pemyampaian pdp
  • 7 fungsi penting
    • pengumuman berdasarkan masa sebenar
    • teks
    • html
    • spread sheet
    • video
    • pautan luaran
    • buku gred
    • laman diskusi
    • kuiz automatik








PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah. Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan daripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.



Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. 

Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.



Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.

Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. 

Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami. Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian. Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini. 



Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya di dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid.

Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan. 

Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang diajar menggunakan ICT.