PENGENALAN
Dalam kepesatan pembangunan, guru berhadapan dengan pelbagai cabaran
terutamanya dalam memastikan pendidikan memenuhi hasrat arus perdana masa kini.
Antara cabaran yang dihadapi oleh guru ialah menyesuaikan gaya
pembelajaran murid dengan amalan pengajaran yang lebih cenderung kepada
penggunaan teknologi maklumat dan bahan-bahan multimedia.
Gaya pembelajaran pelajar dalam bilik darjah juga lebih tertumpu pada
teknik pemusatan pelajar.Oleh itu, amat penting bagi seseorang guru untuk
mengetahui strategi pengajaran yang berinovasi bagi memastikan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Guru haruslah peka terhadap keperluan semasa agar dapat mengangkat
martabat pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi dan selaras dengan kehendak
pembangunan.
Guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai
kemahiran dan pengetahuan agar segala cabaran yang datang dapat dihadapi dengan
lebih bijaksana..
Oleh itu, wajarlah bagi seorang guru untuk menimba lebih banyak ilmu
serta menguasai kepakaran dan kecekapan dalam pelbagai bidang.Perubahan yang
ingin dilakukan mestilah seiring dengan sikap positif serta amalan ynag
berterusan.
KEPERLUAN INOVASI GURU
Gaya belajar seseorang adalah berbeza antara satu sama lain tanpa mengambil kira umur, latar belakang, status ekonomi atau kecerdasan IQ. Kenyatan ini selaras dengan pendapat Wan Zahid (1993) yang menyarankan agar guru menyesuaikan pengajaran dengan gaya pembelajaran murid.
KEPERLUAN INOVASI GURU
Gaya belajar seseorang adalah berbeza antara satu sama lain tanpa mengambil kira umur, latar belakang, status ekonomi atau kecerdasan IQ. Kenyatan ini selaras dengan pendapat Wan Zahid (1993) yang menyarankan agar guru menyesuaikan pengajaran dengan gaya pembelajaran murid.
Guru haruslah
bijak menggunakan kelebihannya yang ada pada murid untuk mengoptimumkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Apakah kaedah
pengajaran disesuaikan dengan gaya pembelajaran murid akan berasa seronok
mengikuti pengajaran guru dan bersedia melibatkan diri secara aktif di dalam
bilik darjah.
STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN YANG INOVATIF
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)
- suatu kaedah pengajaran
sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran
pengetahuan/kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yang dibina
berdasarkan persoalan asli dan direka untuk menghasilkan produk atau
tugasan.
- berbentuk projek ringkas
ikut mata pelajaran dalam tempoh masa 1 hingga 2 minggu.
- projek jangka masa panjang
(setahun, merentas kurikulum dan penglibatan komuniti luar sekolah).
- ciri-ciri PBL Synteta (berpusat kurikulum, gabungan beberapa mata pelajaran, berpusat pelajar, berasaskan kumpulan pembelajaran koperatif/kolaboratif, membawa penghasilan positif, penaksiran berasaskan prestasi).
Penjelasan tentang Perlaksanaan Pembelajaran
Berasaskan Projek
Langkah-langkah:
- memberi tugasan
- menganalisis masalah
- meneroka masalah
- membuat perkaitan
- membuat refleksi
Peranan Guru:
- membantu pelajar mengenali
strategi pembelajaran mereka.
- belajar teknik pengurusan
yang mutakhir.
- menggunakan alat pengukuran
informal untuk mentaksir pembelajaran pelajar.
- mewujudkan bilik darjah yang
mengutamakan pembelajaran.
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Objektif:
- mengukuhkan kemahiran
pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan belajar menggunakan
maklumat dalam pelbagai situasi.
- memperkembangkan kemahiran
pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikiran kritis, serta kemahiran
membuat keputusan.
- memperkembangkan kemahiran
pelajar mengintegrasikan pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu dan
kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusiaan terhadap kemajuan
profesionalisme.
- menyediakan pelajar kepada
konsep pembelajaran sepanjang hayat.
- menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada keberkesanan kolaboratif.
(Problem Based Learning, PBL)
Kelebihan:
Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBM
berbanding strategi pembelajaran lain yang dicadangkan oleh teori
konstruktivisme:
- rangsangan atau simulasi
yang berjaya dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajar.
- meningkatkan minat murid
atau motivasi pelajar untuk belajar.
- membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam menyelesaikan masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar.
Pembelajaran Elektronik (e-learning)
- pembelajaran menggunakan
komputer dan internet, CD Rom, televisyen interaktif atau siaran melalui
satelit.
- boleh berlaku di mana-mana sahaja
Ciri-ciri:
- mengikut kadar kendiri pelajar
- boleh dicapai oleh ramai pelajar
- boleh dicapai di mana-mana dengan talian
internet
- memenuhi pelbagai gaya pembelajaran
Pembelajaran
Berasaskan Laman Sesawang
- merupakan sejenis pembelajaran dalam talian
yang menggunakan gabungan streaming video, power point, audio dan perisian
lain dalam pemyampaian pdp
- 7 fungsi penting
- pengumuman berdasarkan masa
sebenar
- teks
- html
- spread sheet
- video
- pautan luaran
- buku gred
- laman diskusi
- kuiz automatik
No comments:
Post a Comment