Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang
di sekolah rendah. Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan
daripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.
Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal
dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru
dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik
seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.
Melalui
penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan
pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat
seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan
alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas
dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan
menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah
merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana
tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.
Kemahiran
menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan
pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu
masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui
cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana
maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan
pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti
komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. Semua
benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang
tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Hal
ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan
pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu
dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan
merekod setiap maklumat yang diperolehi.
Kemahiran dalam menggunakan ICT ini
mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk
menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami. Di samping
itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui
pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini
kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling
berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai
keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi
meningkatkan lagi kualiti penyampaian. Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha
lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini.
Dalam era dunia tanpa
sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar
tidak ketinggalan khususnya di dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan yang mendalam
mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid.
Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi
peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di
dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam
menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan ICT
murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses
pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada
penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti
powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih
memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan
persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran
dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.
Melalui cara ini setiap masalah
yang timbul dapat segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka
mudah bertindak balas terhadap sistem yang diajar menggunakan ICT.
No comments:
Post a Comment